Viralkan..

Program Dakwah Di Luar Negara kepada Masyarakat Malaysia



Pada 1 - 5 April 2013, PKPU telah mengadakan Program Dakwah Di Luar Negara kepada Masyarakat Malaysia yang bermastautin di Melbourne, Australia. Program yang telah diatur oleh Setiausaha Pertama (Halal) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia mendapat kerjasama JAKIM, JAWI dan Yayasan Taqwa MAIWP.

PKPU telah diwakili oleh 4 orang exco iaitu Ustaz Zakaria Othman, Setiausaha PKPU, Ustaz Mohd Ajib Ismail, Bendahari PKPU, Ustaz Mohamad Kori Jusoh, Exco PKPU dan Ustazah Noralifah Ismail, Exco PKPU.

Antara program yang dilaksanakan ialah ramah mesra bersama pelajar Malaysia di Melbourne, Kursus Pra Perkahwinan Islam kepada pelajar-pelajar Malaysia, ziarah ukhwah kepada masyarakat Malaysia di Melbourne.

Sempena program dakwah ini juga, PKPU telah menyampaikan sumbangan kewangan bagi pihak Yayasan Taqwa, MAIWP kepada NGO-NGO Islam Malaysia di Melbourne.




Disediakan oleh : user
Tarikh : 30-04-2013
Hits : 1080

Logo PKPU

PKPU telah memperkenalkan logo baru persatuan yang lebih ceria dan menampakkan imejnya sebagai sebuah persatuan yang berwibawa. Logo tersebut mengandungi tiga warna dan bentuknya sesuai untuk diterapkan dalam penerbitan dan cenderamata.

Penerangan Logo

Warna Biru - Melambangkan kedamaian dan kesejahteraan
Warna Kuning - Melambangkan KeAgongan Islam Sebagai Wadah Perjuangan
Bucu 8 Kaligrafi - Melambangkan Islam Sebagai Asas Perjuangan
Bucu 5 Kaligrafi kiri dan kanan- Melambangkan Setiap aktiviti berteraskan
Ilmu -Ilmu Islam

Quran - Sebagai Asas Rujukan Sepanjang Zaman