Viralkan..

PKPU, JAKIM KEDUTAAN MALAYSIA DI KAHERAH MEMPERKASA BUDAYA KELUARGA SAKINAH



Pada 19 April, 2013 – Memantap dan memperkasa nilai kekeluargaan adalah satu kewajipan dalam hidup berkeluarga. Selain itu, setiap unit keluarga perlu bijak melestarikan pendekatan sakinah, mawaddah dan rahmah (SAMARA) secara syumul bertunjangkan akidah dan menepati fitrah kemanusiaan.

Justeru pada 14 - 19 April 2013 lalu, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), Jakim telah mengadakan Program Dakwah Bil Hal kepada rakyat Malaysia yang bermastautin di Mesir.

Program yang telah diatur oleh Pegawai Atase Agama Jakim di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Mesir telah mendapat kerjasama padu daripada pelbagai lapisan rakyat yang terdiri daripada mahasiswa/wi dari pelbagai wilayah di sini.

Seramai empat (3) orang exco PKPU iaitu Ustazah Fauziah binti Razap, Exco PKPU, Ustaz Ridzuan bin Awang, Exco PKPU, dan Ustaz Ahmad Termizi bin Zainudin, Exco Hal Ehwal Ahli PKPU serta Tuan Haji Abn Manaf bin Mat, Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan misi ini.

Sepanjang berada di bumi Kananah ini, beberapa program telah berjaya dilaksanakan seperti Forum Keluarga Bahagia bersama pelajar-pelajar Negeri Selangor, Forum Bait Sakinah: Antara Realiti dan Fantasi bersama pelajar perubatan Universiti Iskandariah, Mesir, Kursus Pra Perkahwinan Islam kepada pelajar-pelajar Malaysia serta Lawatan ke Masjid Ar-Rahman Ar-Rahim yang boleh dijadikan model masjid contoh.

Menurut Pengarah Education Malaysia Egypt (EME), dalam ucapan aluan beliau semasa penganjuran kursus Pra Perkahwinan Islam bahawa kursus ini dapat merapatkan lagi kemesraan selain membantu menambah maklumat semasa alam perkahwinan kepada para peserta sebelum mendirikan rumahtangga.

Di samping itu, TYT Duta Besar Malaysia di Mesir juga mengingatkan semua rakyat Malaysia di Mesir supaya membuat persediaan yang mencukupi dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual dengan memperbanyakkan rasa sykur atas nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t. Rumahtangga bukanlah medan untuk kita ‘Try & Error’ tetapi mesti ada pilihan yang tepat untuk kebahagiaan hidup berumahtangga.

Sambutan hangat yang diberikan dalam setiap program menunjukkan betapa rakyat Malaysia di sini mengharapkan lebih banyak program seumpama ini diadakan di masa depan.



Disediakan oleh : user
Tarikh : 14-05-2013
Hits : 1267

Logo PKPU

PKPU telah memperkenalkan logo baru persatuan yang lebih ceria dan menampakkan imejnya sebagai sebuah persatuan yang berwibawa. Logo tersebut mengandungi tiga warna dan bentuknya sesuai untuk diterapkan dalam penerbitan dan cenderamata.

Penerangan Logo

Warna Biru - Melambangkan kedamaian dan kesejahteraan
Warna Kuning - Melambangkan KeAgongan Islam Sebagai Wadah Perjuangan
Bucu 8 Kaligrafi - Melambangkan Islam Sebagai Asas Perjuangan
Bucu 5 Kaligrafi kiri dan kanan- Melambangkan Setiap aktiviti berteraskan
Ilmu -Ilmu Islam

Quran - Sebagai Asas Rujukan Sepanjang Zaman